Pages

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Saturday, 20 July 2013

Berbuka Bersama

Alhamdulillah... benda tak dirancang terus menjadi... perancangan pencipta cukup indah...  

  Tanpa dirancang saat akhir Don mendapat asignment yang sama dengan Dona jam 6ptg sempena Japan Bon Odori di Padang Kota... Apa lagi terus berbuka bersama ler dengan mee goreng pata yang terkenal tu

  Lebih menarik lagi ditemani rakan media bukan Islam yang turut bersama







Sunday, 7 July 2013

Kursus - Gerbang Perkahwinan

Alhamdulillah.....

  Bagi memenuhi syarat untuk menuju ke alam perkahwinan.... kursus perlu dipenuhi setelah memilih tarikh yang sesuai maka Don dan Dona memilih tarikh pada 6 & 7 Julai di Hasani Management Kamunting kira-kira kurang 10 minit dari rumah Dona...

  





tengok la apa yang Dona tulis dan conteng katanya boring ketika ceramah.... siap ada plan warna baju kahwin hahahahahha


sijil yang diperolehi... Alhamdulillah..


Monday, 13 May 2013

Hadiah "SIBUK" ;P

  Last dating hanya beberapa hari sebelum penamaan calon PRU13 iaitu pada 20 April.... maka bermulalah kesibukan keje Don sempena PRU13 menyebabkan Dona merajuk beberapa kali... selepas PRU13 berakhir dan hampir sebulan tidak bertemu makan berjanjilah mereka untuk bertemu sekali membeli keperluan dijanjikan untuk majlis pertunangan...


  Dona mengambil Don di pejabat sebelah Pulau.... tempat dituju Gurney Plaza... 1st yang diinginkan adalah untuk membeli baju Don sedondon dipakai pada majlis pertunangan...

  Tapi terbalik Dona ajak pergi kedai bag untuk mendapatkan bag HADIAH bersnti kesibukan keje Don







  Apa pagi tersenyum lebar ler Dona dapat bag..... pastu bermula

ah mencari baju Don lebih 4-5 kedai..... semua Don tidak berkenan dihati (cerewet) hahahah...


Akhirnya disebuah keai baju Dona telah memilih warna oren katanya.. terus dibeli lagipun masa dan lewat




  Selesai membeli apa yg patut..... penghujung dating Dona nak makan sup hameed.... 




















Friday, 4 January 2013

Break-fast McD BM

Seperti kejutan apabila Don dan Dona bertemu di tempat asignment yang sama iaitu di MPSP Bandar Perda...
Apa lagi Don mengajak Dona makan di McD Bandar Perda selepas habis asignmnt...
Maka mereka melepaskan kerinduan masing2..

Monday, 31 December 2012

RELA ku korbankan

Inilah buktinya cinta Don pada Dona dengsn kesabaran yang terbukti... Baru sedikit jee ni hiihi

Makan lewat laksa sejuk... Terus sakit perut sebab makan pedas dengan perut kosong.. Huhuhu

Just for u sayang... Ku relakannya..

Saturday, 29 December 2012

BREAK-fast McD

Dona yang ingin pulang ke kampung mahu berjumpa seketika dengan Don awal pagi pulak tu..
Maka Don beri cadangan berjumpa di Mc Donalds AutoCity Juru..
Awal2 pagi Dona dah kejutkan Don untuk berjumpa...
Jam 8 pagi berjumpalah di McD dan macam biasa Dona hanya memesan Milo Ais sahaja.



Thursday, 27 December 2012

MENANTU

Gambar Dona yang sempat dirakamkan Don membantu bakal ibu mertua mengemas makanan sempena ziarah keluarga Dona ke rumah Don pada 25/12/12 - 1.12pm
Rajinnya menantu mak hehehehe

Belajar memasak dengan mak yer

Tuesday, 25 December 2012

Kunjungan

Seperti yang dirancang keluarga Dona telah dijemput untuk berkunjung ke rumah Don sempena cuti umum perayaan krismas.
Kunjungan balas ini adalah selepas keluarga Don kerumah keluarga Dona sempena jamuan hari lahir anak saudara Dona iaitu Aiman selain untuk berkenal lebih rapat.
Kira2 12.30 tenghari keluarga Dona sampai ditemani abang sulung sekeluarga serta dua keluarga bapa saudara kesemuanya dengan empat buah kereta.
Keluarga Dona dijemput terus unguk menikmati makan tengahari dengan menunya kari ikan sembilang, kari ayam, ulaman, ikan goreng dll. 
Maka berbual panjanglah diantara dua keluarga ini sebelum berjanji untuk terus berkunjung antara satu sama lain.
Dalam kunjungan ini sempat juga bapa Don dan ayah Dona berbincang sambil melihat kalendar... Untuk apa?

Add caption

Add caption

Wednesday, 19 December 2012

Diet - KFC Sg Dua

Kira-kira jam 10 malam Don perlu menghantar Dona pulang dari tanah seberang ke Pulau rumah sewa selepas Dona menghantar kereta untuk adiknya.
  Pertemuan di pejabat Don, sempat juga bertemu bakal adik ipar yang tidak lekang dengan senyuman dan sempat juga berbual seketika.
  Dalam perjalanan memasuki jambatan Don menyuruh Dona hubungi Aloi dan Azila yang berada di sebelah Pulau kerana asignment malam.
  Seperti dijanjikan kami akan berjuma untuk makan malam bersama dan tempat yang dituju ialah restoran makanan segera KFC dipilih Aloi yang teringin nak makan ayam goreng. Pada mulanya di KFC Jalan Larut berdekatan dengan office NSTP Penang, tetapi hanya terima tempahan delivery kerana mahu tutup kitorang tukar ke KFC Jalan Sungai Dua.
  Seperti biasa Don mengambil set 2 ketul ayam tetapi Dona dengan alasan diet hanya memesan kentang goreng itu pun tidak habis.
  Selepas kami berbual kosong dan menghabiskan makanan, Aloi dan Azila pulang ke tanah seberang sementara Don menghantar Dona pulang ke rumah sewa sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Buntar.

18/12/12

by DON



Thursday, 27 September 2012

First Date

Selepas kasih kembali bertaut ketika masing2 bertugas pada majlis penganugerahan pingat sempena hari lahir TYT Penang.
Maka Don berkali2 hubungi Dona keluar dating makan... Seperti dijanjikan maka kira2 jam 8mlm Don mengambil Dona di rumah sewanya..
Destinasi yang dituju ke Quensbay dan restorannya ialah Secret Recipe
Dona makan kerana kek tak habis mungkin malu kot...hihihihi.
Ketika Don mahu merakamkan gambar Dona malu2.. Maka terjadilah gambar seperti dibawah..
Walaupun seketika kurang 2 jam berjumpa tapi bagi Don itulah detika paling manis dan menjadi permulaan perhubungan mereka..
27/09/12 - 9.10pm