Pages

Monday, 31 December 2012

Drama 31 Disember 2012

semalam dona buat perangai lagi

tapi don layan sampai dona sendiri surrender

dona ingat don nak letak macam dia pernah buat sebelum ni

bangun pagi dona rasa bersalah

kesian don

:(










RELA ku korbankan

Inilah buktinya cinta Don pada Dona dengsn kesabaran yang terbukti... Baru sedikit jee ni hiihi

Makan lewat laksa sejuk... Terus sakit perut sebab makan pedas dengan perut kosong.. Huhuhu

Just for u sayang... Ku relakannya..

Saturday, 29 December 2012

BREAK-fast McD

Dona yang ingin pulang ke kampung mahu berjumpa seketika dengan Don awal pagi pulak tu..
Maka Don beri cadangan berjumpa di Mc Donalds AutoCity Juru..
Awal2 pagi Dona dah kejutkan Don untuk berjumpa...
Jam 8 pagi berjumpalah di McD dan macam biasa Dona hanya memesan Milo Ais sahaja.



#Quick




when you realize to spend the rest of yor life with somebody,
 you want the rest of your life to start as soon as possible

:)


BUNGA berganti GELANG

Dona amat menantikan bunga yang akan diberikan Don setelah berkali2 meminta sejak kasih bertaut kembali.

Don amat berat untuk membeli bunga kerna baginya bunga itu akan hilang hari demi hari kerna kelopaknya akan jatuh kerana layu..

Jadi sebagai hadiah selepas 3 bulan kasih bertaut Don memberi seutas gelang tangan ditempah dari Singapura RM### mengantikan bunga..

Gelang "Crystal Shamballa Braide Bracelet" dibuat dari elemen Swarovski dari Her Jewellery disarungkan di tangan kiri Dona..

Berlaku selepas menonton wayang di QB sementara mengggu fiza mengambil Dona untuk keluar makan bersama

Bunga tetap Don beri tapi bukan sekarang atau esok kerna ada harinya nanti..



Bungkusan dari jauh untuk tersayang...


Friday, 28 December 2012

CERMIM MATA

Hahahah... Macam poyo jer bila bercermin mata...



WAYANG - CZ12

Dona yang rindukan Don mahu berjumpa selepas habis waktu bekerja..
Tapi Don pulak ada kerja yang belum selesai dapat menjemput Dona kira-kira jam 9.40 mlm tanpa dirancang kemana ingin pergi.
Seperti biasa apa lagi ke QB ler layan mana2 movie yang best.
Dah sampai pum lewat maka terpaksa beli tike 12.15 lakonan Jackie Chan dalam filem CZ12.
Dah beli tiket nak tunggu dalam 2 jam maka Don mengajak Dona makan di pantai Seagate
Macam biasa jugak Dona hanya minum air menemani Don makan mee goreng.
Selesai malan maka kembali semua ke QB untuk menontong wayang.
Hurmmm... Dona hanya melihat 15% masa tayangan kerana mengantuk dan tidur... Baru start iklan dah pejam mata terjaga pun apabila ada aksi yang bunyinya bising....
Pastu ajak pulak nanti nak tonton kahwin 5 walaupun Don tak berminat..
Adakah akan menonton Kahwin 5 lakonan Ucop Wilca nantikan update seterusnya...



Thursday, 27 December 2012

Love Story


27/9/2012 - 27/12/2012

and still counting

teruja nak lalui hari-hari mendatang dengan awak

harap manis depan sana

aminnn

:)




<3

MENANTU

Gambar Dona yang sempat dirakamkan Don membantu bakal ibu mertua mengemas makanan sempena ziarah keluarga Dona ke rumah Don pada 25/12/12 - 1.12pm
Rajinnya menantu mak hehehehe

Belajar memasak dengan mak yer

Wednesday, 26 December 2012

STILL SICK

Bertambah teruk sakit dengan mata berair... Hidung bersumbat... Badan pulak lenguh semacam...

Berharap akan bertambah baik agar dapat berjumpa dengan sihatnya...

Atas dasar percaya dan sayang... Walupun disampaikan perantara maka dibuang terus agar hilang rasa cemburu..

..........................................................................

Kerna bahayanya cemburu boleh "membunuh" sesuatu hubungan..

Sayangnya hanya pada yang satu percayalah tiada yang lain selain dirimu kerna rasa erat sayang paling tinggi hanya denganmu...

Double Sick

Kekuatan untuk sesuatu hubungan adalah percaya.

Tapi kalau setiap cemburu ditinggalkan tanpa penjelasan, otak mula berkira-kira.

Dari kecil bunyinya, hati lama-lama jadi rapuh.

Duduk tempat saya dan awak akan tahu trauma untuk ditinggalkan kali kedua.

Kalaulah awak tahu penatnya jadi seorang yang PENCEMBURU.


*sigh*




Tuesday, 25 December 2012

More Sick

Sejak pagi bangun Don dah rasa badan tak selesa letih semacam dengan hidung berair selsema
Makan ubat farmasi sakit tidak berkurangan... Alhamdulillah kegembiraan yg hadir mengurangkan sedikit rasa sakit badan...
Ntah tiba2 malam sakit bertambah... Bertambah lagi dengan yang remeh...
Don tahu cemburu dan marah tu tandanya sayang... Sifat cemburu pun mesti bertempat dan kena ada sifat saling mempercayai..
Selamat malam semua.. Don tidur dalam keadaan yang tidak selesa.. Arghhhh....

Kunjungan

Seperti yang dirancang keluarga Dona telah dijemput untuk berkunjung ke rumah Don sempena cuti umum perayaan krismas.
Kunjungan balas ini adalah selepas keluarga Don kerumah keluarga Dona sempena jamuan hari lahir anak saudara Dona iaitu Aiman selain untuk berkenal lebih rapat.
Kira2 12.30 tenghari keluarga Dona sampai ditemani abang sulung sekeluarga serta dua keluarga bapa saudara kesemuanya dengan empat buah kereta.
Keluarga Dona dijemput terus unguk menikmati makan tengahari dengan menunya kari ikan sembilang, kari ayam, ulaman, ikan goreng dll. 
Maka berbual panjanglah diantara dua keluarga ini sebelum berjanji untuk terus berkunjung antara satu sama lain.
Dalam kunjungan ini sempat juga bapa Don dan ayah Dona berbincang sambil melihat kalendar... Untuk apa?

Add caption

Add caption

Friday, 21 December 2012

21122012


hujan dekat luar, basah dekat dalam

*marah dalam hati*

bye



Wednesday, 19 December 2012

Diet - KFC Sg Dua

Kira-kira jam 10 malam Don perlu menghantar Dona pulang dari tanah seberang ke Pulau rumah sewa selepas Dona menghantar kereta untuk adiknya.
  Pertemuan di pejabat Don, sempat juga bertemu bakal adik ipar yang tidak lekang dengan senyuman dan sempat juga berbual seketika.
  Dalam perjalanan memasuki jambatan Don menyuruh Dona hubungi Aloi dan Azila yang berada di sebelah Pulau kerana asignment malam.
  Seperti dijanjikan kami akan berjuma untuk makan malam bersama dan tempat yang dituju ialah restoran makanan segera KFC dipilih Aloi yang teringin nak makan ayam goreng. Pada mulanya di KFC Jalan Larut berdekatan dengan office NSTP Penang, tetapi hanya terima tempahan delivery kerana mahu tutup kitorang tukar ke KFC Jalan Sungai Dua.
  Seperti biasa Don mengambil set 2 ketul ayam tetapi Dona dengan alasan diet hanya memesan kentang goreng itu pun tidak habis.
  Selepas kami berbual kosong dan menghabiskan makanan, Aloi dan Azila pulang ke tanah seberang sementara Don menghantar Dona pulang ke rumah sewa sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Buntar.

18/12/12

by DON